BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 26, 2010

Tikusku bakal 'nyeng'

Hiii...Salam...
kadang2 lupa la hari, hari isnin dikatakan hari selasa..hari ni hari isnin ok..
ramai yang tak suka hari isnin kerana hari minggu untuk bergonjeng sudah habis..
sila kembali ke kelas, ke pejabat, ke sekolah..
siapa yang berpuasa selamat berbuka puasa..
berlatih puasa yer, da nak dekat ni bulan ramadhan.. sangat rindu lah.

eh korang2, penah tak korang main menatang ni kat FB
click challenge



game ni, kita kena klik laju2..tengok dalam masa 10 saat berapa korang dapat klik..
mula2 main mencabar gak la..penat tahan nafas..haha =p
dulu masa mula2 main dapat la dalam 60 je dalam masa 10saat tu.. tapi member2 ada yang dapat sampai 80-90 klik..hisy tension la..tak nak main dah.. tetiba semalam encik shah bagi tips, so try la..
jadi ni yang dapat

































128 klik dalam masa 10 saat... tengok ada yang tak caya cakap tipu lak..keh2

ni yang encik shah punya..






168 per 10 saat..huhuh..takpe2.. nanti lawan..macam2 la diorang , ada jugak yang suruh tukar setting kat mouse, skali klik jadi 5 kali terus..hua3....ada gak yang sampai 200 ++ agaknye diorang tekan button kat laptop skali kot...huhuhu

jom korang, try yer.. tengok berapa korang dapat..teheee : D
tips tersembunyi ada kat atas =p


p/s : jap lagi nyeng jugak la tikus ni..huhuhu -_-

Sunday, July 25, 2010

wink wink!

HAI.
pemberitahuan ,
harap maaf, post semalam terpaksa di delete kerana telah mendatangkan salah faham pada sesetengah pihak  =p
 

sekian, terima kasih..

Saturday, July 24, 2010

huuuu....

Salam sume...
urmm..Mulai hari ni nak update blog kena pakai  tdung untuk mengembalikan keyakinan diri ..
huhu..sedey gilerrr.. tadi g ptong rambut budak tu g potong rambut pendek sangat2..
orang cakap taknak dengar, sibuk sembang dengan kawan dia..haih..
kan dah termenangis kat kedai.. malu pulak.kekeke..
ibu memujuk, mari kita g KFC, nanti rambut pnjang balik..yeke?
huh! tekanan betul..tak mau g kedai tu dah..


nasib baik ada budak gemowks ni pngubat hati yang lara ^_^


lagi gambar sexy :





p/S : cik ena, pinjam bahu =(

Friday, July 23, 2010

impianku..hehe=p


Ini saya punya..anda bagaimana? hahah *_*

Honda ada keluaran baru.. bagi yang berminat, klik sini.


mari memotong!

yeah! Jumaat sudah tiba...
suka hari Jumaat =)
sungguh tenang . . .

Jom belajar cara memotong kuku ~
ala..budak kecik pun tau cara potong kuku kan..ngeeee~

cara potong kuku yang betul yer kawan2...
mari kita tengok gambar rajah 1.

                      RAJAH 1

alamak ingat nak cari gmbar tangan je kat pakcik gugel, tapi jumpa yang ni pulak...takpe rezeki2..
ok yer kanak2, dimulakan dengan memotong jari kuku jari telunjuk tangan kanan yer..
 Ikut turutan macam dalam gambar rajah..diakhiri dengan ibu jari tangan kanan... ustaz saya cakap pemimpin kena utamakan anak2 buah dulu, barulah diri sendiri... C! C! bakal pemimpin sila belajar dari saya =p keh2
ok sekian yer kanak2...

eh2..nanti dulu sila lihat rajah 2.




                                RAJAH 2

Rajah 2 menunjukkan cara memotong kuku jari kaki ok...perhatikan nombor2 yang terdapat dalam gambar rajah.Agak berbeza yer dari gambar rajah 1..sila cari perbezaan dan nyatakan =p


tips memotong kuku biawak di sini yer.

dulu masa kecik2 arwah nenek selalu ajar gosok kuku dengan belimbing.bukan belimbimg yang besar enak dimakan tu, tapi belimbing yang masam2 tu...tau x? tau x? sila gugel.

ok, boleh tutup buku teks..
sekian.

Minggu entry bergambar ~!!

Tak boleh jadi..
rasa sangat jeles sebab kat blog cik Yanie ada, tapi kat blog kiter takde.. padahal dia pakwe kiter..hahaha
rindu lah kat boyfren sorang ni... ngeeee~












Oh Lee Min Ho....! miss u..haha






cepat cakap sesuai..wakaka  *_*




p/s : wani gler =P

Nak tau x =)))))))

nak tau x pasal mata saya...

mata saya kan..kan..kan..

cantik,

memukau,

besar,

bulat,

bersinar sinar,

ceria,

segar,

comel,

cerah,  ??

OK sebenarnya nak cakap sekarang dah pukul 12 lebih !tapi mata masih segar bugar lagi..


Wahai mata sila lah mengantuk.. jangan lah segar sangat..tolonglah..
adoiii...tahu tak ibumu sudah bising bango..
mengantuk lah wahai mata, sikit pon jadila.. sikit je..
nanti esok susah nak bangun pagi..
bila bangun lambat rezeki susah nak masuk..
sarapan juga sudah habis *_*
mata pun lebam2 mcam PANDA (sila klik) 
sapa ada tips untuk tido awal, untuk baby macam saya ni ^_^



p/s: jangan muntah dulu!

Wednesday, July 21, 2010

Anda penggemar kopi?




 
Kopi apa yang anda suka? heheh..
pernah tak korang dengar kopi luwak ? bukan kopi wak lu ok.
tak pernah dengar? sila gugel sekarang..keh2 =p

korang memang kan, pernah dengar pun nescafe, starbucks, kapal api,kopi janda? hahah..ok2
kita cakap pasal kopi luwak(civet coffee), kopi ni adalah biji kopi yang diperoleh daripada kotoran(tahi) luwak (sejenis musang atau kucing) nampak macam najis kan, tapi diorang cakap bukan najis sebab tak bercampur dengan najis...maknanya, biji kopi tu masih sebijik2 lepas  di buang bukan hancur la...paham x? paham x?


 nak bela tak? nanti suh dia tolong telan buah2 kat umah, cakap kat dia telan jer, jangan makan..haip!




Buah kopi yang di makan luwak, diproses melalui proses pencernaan dan dikeluarkan melalui kotoran yang berupa gumpalan biji kopi yang bercampur lendir memanjang.Kotoran tersebut diambil biji kopinya dan dibersihkan dengan membuang lapisan kulit luar.


                                 ini kotoran yang telah berusia 5 jam.



Bukan kita sahaja yang menggemari kopi, bahkan haiwan juga geram dengan bau harum biji kopi, tak dapat buat air telan pun jadilah..ahakss..

Tahukah anda, kopi luwak ini harganya jauh lebih mahal dari kopi2 lain...
Untuk membezakan rasa kopi luwak dengan kopi biasa, ialah dengan cara rasa dan bandingkan..

dengan ini saya sertakan tester, sila rasa ~









Cepat g kedai sementara masih ada.oh lupa nak bagitahu, kopi ni glamors kat indonesia . .
nyum2 ^_^

Tuesday, July 20, 2010

Sifat kemanusiaan anda~

salam semua...
sekarang banyak jugak kempen2 pasal masalah sosial ni kan..
tapi kebanyakan kempen dalam rancangan2 yang berkualiti lagi bagus,contohnya Halaqah..
ada cerita pasal pembuangan bayi, yang berleluasa...
agak2 si pembuang bayi ni tengok tak rancangan tu yerk...

emo betul malam ni sampai nak post berkali2..huh
orang cakap manusia yang buang anak, bunuh anak ni binatang.. binatang penah buang anak tak ek? macam tak pernah nampak lak..lau diorang ni bukan manusia, bukan binatang tapi ape YA?













tak pyah letak banyak la eh..macam tak sanggup lak nak tengok...
apa anda rasa bila tengok gambar di atas? sedih, kecewa, marah, pilu, risau, geram, bengang?
apa pula perasaan jika anda jadi bayi ini...
apa pula perasaan si pembuang???  diorang suka ye kena keji setiap hari..wow!
apa masalah? apa punca? apa penyelesaian? siapa yang perlu bertindak?
adakah kita perlu bersabar?
. . .

nak bengang boleh tak?

SMS berbunyi trut tut...


xyz : hai wani, watpe tu?
me : hai..wlsalam, x wtpe..sory, tak save r num, sape ni ek?
xyz : kawan lame, xkan x kenal kot..sampai hati =(
me : ^$@*&(#
bukan sekali 2 berlaku, memang banyak kali!




YM di buzz
minyak cap kapak : hai wani...
me : yer...
minyak cap kapak : buat ape tu?
me : x watpe..sape ni eh..
minyak cap kapak : la..xkan x ingat dah..
me : sory sgt2, x ingat r..sape ek..gtau r name
minyak cap kapak : habis tu sape yang add dulu..
me : ^$(%&@(%


adoyai lau aku ingat x la aku tanye..gpun macam tak penah chat ngan ko je..nak marah ko tak letak nama dalam macam dalam IC, tak boleh la sebab aku pun sama..*sigh*
kenapa rasa macam dipermainkan je..susahnya nak jawab bila orang tanya..macam rajinnya aku nak melayan ko..adakah aku ni panas baran?
yela2 salah aku sebab tak hafal semua kan..ok.






Kahwin Awal . . .

Salam ...

Tajuk entry hari ini ialah kahwin awal. Adakah ini bermakna wani nak kahwin dah?
ye betul tu, nak dekat dah..ahaks
ok, jauhkan kontroversi, tingkatkan prestasi... tarik nafas sume..dalam2 yer..k, tahan!

belum laaa....belum.. cik Ena , en.shah ngan puan hazwani tak yah buat2 terkejut ok.
saja nak cerita2 pasal kahwin hari ni.. sebab tengok kat facebook kawan saya tu asyik tukar2 je profile pic dia.. banyak lak tuh gambar kahwin dia..

macam tak percaya pun ada bila kawan baik time sek2 doluu dah kahwin... dari dulu duk galok sama2..
tapi sekarang dia dah kahwih! dia dah melangkah ke alam orang tua! ohh...
tapi dari sek lagi dia nmpak lebih matang dari kami..aku akan matang jgak suatu hari nanti..YA..mesti!
(ok, cukup 3 baris, perenggan lain, dikgu ajar)

tapi sesetengah orang dia tak  nak kahwin awal, tak puas nak enjoy katanya...
enjoy la sangat, asyik berkepit dengan bf jugak.. keluar dengan kawan pompuan pun taknak sebab nak save duit nak keluar ngan bf..uhh! enjoy ye gitu??  alala.. cakap jelah ko takde duit, mak ko tak bagi ke..kan senang...huhu..(alamak dah 4 baris ni) harap kawan baik aku dapat bersabar dengan mulut2 yang jeles.. cian ke mung -_-






puan hazwani sangat cantik, aku terpesona, terpana. ..*jeles*





                                              ini comel ok =p





                                                hazwan & hazwani   pasangan 2 sejoli

: : bersama suami tercinta, semoga kamu tabah menghadapi cabaran mendatang, setelah bergelar pelajar dan juga isteri pada en.khairul hazwan..semoga kekal bahagia selamanya, sampai syurga =)
cayanggggg kamooo...(kamoo tu kay, ahakss)


p/s: cik ena lau nak entry hot macam ni gak cepat2 la kahwin ok :-D



Monday, July 19, 2010

Bila larut malam ^_^

SEBELUM Tidur
 
Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)
Rasulullah Saw berpesan kepada Sayidatina Aisyah ra : "Ya (Sayidatina) Aisyah (r.a) jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu:

1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di Akhirat
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Sayidatina Aisyah r.a :
"Ya Rasulullah Saw .... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

 

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad (3x)

 

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

 

Dan , perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar (3x) Nota: buat seberapa yg boleh sampai tertidur lagi bagus, terpulang pada diri masing²


: :kredit to scripters



Curam ?

Salam . . .

ahakss..sibuk jer nak update blog ek..
biau ah...keh2
ok, curam, curam terbahagi pada 2, curam landai dan curam tajam..
so, ada apa dengan curam?
takde pape . . .lau jatuh sakit.tu je!
tapi kalau curang? ooh itu sakit jugak, jangan main2 u...

Bagi pompuan, bila suami/boy dia curang mula la membebel, pompuan skang x kira ah laki orang ke bf orang ke nak jugak kacau &*$#*^!  nasib baik tak cakap goda..kekeke
tapi kat laki dia tak marah lak, kot2 la laki dia yang menggatal dulu ^$@^%*
ok, sayang barangkali -_-

eh ko ni wani, kat diri sendiri? kot2 la diri sendiri pun penyebab ketidaksetiaan itu berlaku mana tau dia yang suruh laki dia cari awek sampingan tapi kau tak ingat ...ok, diri sendiri ^%W#%&#$%#*&)__*&^&$@
susah la kan mau cakap pasal hati perasaan ni.. lebih senang kalau mintak dengan Allah SWT ...
akak2, jangan cakap wani gatal cakap pasal cinta ni  ok..huhu
sebabnya dah ada orang sound, wani ni tak layak cakap pasal benda2 cam gini, tak sesuai ngan umur.ok -_-
22 tahun ek?



                                                     oh, rasa macam nak jadi datuk k :-p



@>--&- dengan ini, lagu cobalah untuk setia didendangkan untuk anda semua, oh so sweet wani ^_^
dengar x? dengar x?

p/s: darling, lau i curang cubit i ok!

: : Hot & Spicy : :

~Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

~Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

~Jangan tidur selepas solat Subuh,
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

~Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

~Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

~Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

~Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

~Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..

~Jangan
mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

~Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

~Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

~Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

~Jangan
biasakan berbohong,
kerana ia adalahciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

~Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH. 

 
~Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

++Jangan biarkan SAJA entri ni. Sebarkan kepada semua saudara islam !!


Wasalam 'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

Sunday, July 18, 2010

Saham Neraka *

Salam...
ok saham neraka tajuk slot drama kat tv3 tadi...
macam terkesan je kat hati sampai nak bawak ke belog blog. heheh :-p
da la Akim berlakon woo..kikiki
comel gler citer tu, siap + muzikal lagi...
ok mengaku akim berlakon x secomel uncle Jalaluddin Hassan . .ahaaks !

Drama tadi tu pasal MLM, saham . . .kaya, tipu, n macam2..tp lucu ah..wakaka
cakap pasal MLM ni mesti dah ramai yang terkena kan..
dah tau haram pun, masih nak acu cuba try test lagi. HAIHH!
teringat masa 1st sem kat UTM dulu...
dapat jer duit ptptpu  ptptn, terus member tarik masuk benda alah ni.
yela walaupun baru setahun jagung tapi masih dapat berfikir dan rasa ragu2 jugak la..
bermula dengan kawan ajak g minum2, tiba2 ada kawan dia datang,,ah sudah!
bla2 pot pet pot pet....ok dengar je taknak takpe.
bila keras hati taknak masuk jugak (yelah mane ada duit woi, suh aku gadai hp,moto, laptop)
start la die umpan kasar ~ ni lah orang melayu, bodoh, pluang depan mata taknak ambik  *bengang
ah, hati panas, lantak kau aku nak balik.

ingatkan habis di situ..
tapi alangkah malangnya, suatu malam aku ditipu dan di bawa ke  menara *****
tak yah cter kena tipoo macam mana, sebab kejam sangat.
masa kat menara tu diorang wat la slide show, upline yang kaya raya, kereta besar, rumah besar.. dah nmpak macam riak kan?ah, x heran.
tekanan gilak malam tu, takut macam2 lagi... dah la esok ada kuiz! ceh macam duk bilik study je.
di umpan lagi dengan macam2, pakwe ensem ngorat jangan cakap la...umpan ek? ceh

pengalaman la semua tu, hurm.. kawan aku tu kecian jugak, punya la takde duit, hutang sana sini, bukak puasa makan meggi..last2 kena tendang U..
tu lah dia, yang dikejar tak dapat yang dikendong brciciran...

cerita ni bukan lah untuk mengaibkan mana2 pihak.. tapi harap dapat dijadikan pengajaran untuk masa akan datang...banyak pihak yang nak untung tapi MENIPU! xsuke.

kawan2ku yang sedang belajar, belajar lah betul2... jangan kecewakan ibu bapa anda.. jangan fikir duit sangat.. bersyukur dengan apa yang ada lebih baik, jangan tamak.Cari duit dengan cara yang halal :-)






Comel x? comel x? huhuh..no komen.

Saturday, July 17, 2010

mukabuku?

       Sekarang trend orang doa kat facebook.

SEKIAN.
















                                                                           ::  ehsan dari pakcik gugel.

Kalaulah . . .


Kalaulah aku tak de pendapatan, kalaulah aku tak pandai masak, kalaulah aku tak pandai kemas rumah, kalaulah aku gemokk, kalaulah aku comot, kalaulah aku pemalas, kalaulah aku panas baran, kalaulah aku busuk, kalaulah aku tak pandai berdikari, kalaulah bla bla bla . . .


 sudi lagikah kau menemani hidupku, setia denganku, berada di sisiku . . .


KENAPA?







p/s : kalau jer ok =p

Friday, July 16, 2010

CinTa HatiKu ~

Aku sayang dia sangat . . .
cinta dia sangat...
kalau boleh taknak berenggang dengan dia walau seminit pun..oh


Dia sangatt comel sungguh
sangat menggoda, 
sangat mencuit hatiku, 


tanpa dia aku sunyi,
resah gelisah,
aku lelah . . .


dia mengajar aku erti sayang,
erti sebuah kasih . .


dia lah segala-galanya..tempat aku mengadu kasih..agak2 dia tau tak isi hati aku pada dia ekk -_-
kenapa di comel sangat, menawan sangat!
eeee...geramnya kat dia... rasa nak cium, nak peluk


urm..
bila dia sakit aku sedih, aku menangis.
AKU NAK SANGAT BERSAMA DIA SELAMANYA !
boleh x? boleh x?
x dapat aku bayangkan hidup tanpanya. BETUL ^_'
tengok dia tido, aku geram..rasa macam nak ciom2 jerk!
oh  ommy... i love u so much!





cumelnyer kan my baby =)






 isy..x senonoh! uhuk..



                                                                   GERAM.OK.
I cinta U ~~~


Thursday, July 15, 2010

Hari ini . . .

Dah hari khamis,
oh cepatnya masa berlalu..
sangat tak sabar 2 tahun dari sekarang..sangat2!
kenapa? tak tau. . .

Setiap hari habiskan masa dengan membaca...
seronok bila membaca...dapat tau tentang kehidupan di luar sana...
yelah daripada terperap kat rumah...hehe
takde mood sangat la...tekanan...

tak rasa nak bercakap,
tak rasa nak buat apa..
takde semangat ,
sape nak bagi semangat nih -_-

Wednesday, July 14, 2010

22 tahun selepas 9 bulan

Ape tuu... ala suka la macam ni kan.. ntah apa2...hehheee!
selepas 9 bulan cik ena berada dalam perut ibunya,

maka lahirlah si baby itu pada tanggal 11 Julai 1988. . .

?? ok . gambar hiasan -_-

SELAMAT HARI LAHIR CIk ^_^
entry ni lambat sikit . . . sebab cari gambar cik ena time baby kat tenet tak jumpa2 *sigh*

ok, serius.
Cik, saya bersyukur sebab Tuhan kurniakan kawan sebaik cik..
dan saya nak mintak maaf jika saya tak dapat menjadi teman yang sempurna =(
sangat banyak kekurangan dalam diri ini...
betulkan saya jika saya salah, tegur saya jika saya silap ^_^
saya akan sentiasa doakan cik berjaya dunia dan akhirat . . . bhagia n happy selalu ekk...




Konvo eh cik =p
thanks bunga yang cik bagi tu...suka sangat3
cik tau2 saya suka warna camtu kan ^_^

cik wani sayang cik ena selalu....
miss u babe...@> --&-










Tuesday, July 13, 2010

Azam bulan tujuh. . .

Jom cari keje...!
kan best kalau keje datang bergolek2 kat kite...
huuhuhu...
rasa macam nak iklankan diri ni..
sesiapa yang rasa nak pekerja boleh cari saya..
boleh tak macam tu... BOLEH XXXXXXX !

bersambung. . .