Salam Ramadhan semua...
esok dah nak masuk 3 ramadhan...awal2 kira la...nanti lama2 lupa jugak..hua3 =P
Aku baru lepas chating ngan k.eyza.. kawan lama..hehe
dia tengah mengandung anak sulung sekarang..
dia ceritakan kat aku pengalaman pertama dia ni..
dia cakap baby dah pandai tendang2..tapi best dia cakap..hihihi
aku tanya la dia akak, macam mana nanti kalau baby tu dah besar sikit dalam perut dia tendang perut akak kuat2..dia tumbuk2 buah pinggang akak... pastu dia cubit2 hati akak..pastu dia tak sabar2 nak kuar dia KOYAK perut akak! kak eyza pun "WANI!!! apa mengarut ni mimpi ngeri akak malam ni la.."
hahah..asal aku fikir lebih2 ni..mesti karangan semalam punya pasal..haih..
rosak2..
jangan risau akak..takkan la baby tu nak wat gtu..lain la kalau.................jeng jeng jeng...
hahaha....dah cukup2..
selamat berpuasa ye kawan2 =)
syukur, tahun ni masih lagi Allah SWT bagi kesempatan untuk kita beribadah..Alhamdulillah...
jangan sebut bosan lagi yer wani..orang lain tu x ckup tangan nak buat keje =*
Friday, August 13, 2010
Tiba -tiba !
Ilham by Onelove...Jambu merah warna at 12:33 AM 5 comments
Thursday, August 12, 2010
Sabar aje!
Karangan terbaik UPSR 2007
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!" . Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut dari belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri, feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu seramai seratus orang semuanya mati.Pemandu feri itu sangat marah.Dia pun bertukar menjadi uLtraman dan memfire pemandu lori.Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.Lori itu bertukar menjadi robot transformer.Mereka bergaduh di udara.Emak saya tidak puas hati.Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi ultramen itu.Pemandu feri terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula (xtau kenapa x bertukar mnjadi mnusia biasa sahaja) lalu terhempas ke jalan raya.Pemandu feri itu pecah.Pemandu lori sengat takut melihat kejadian itu dia meminta maaf lalu menghulurkan tangannya ingun bersalam.Tetapi emak saya masih marah(iye la da pnat2 g sewa heli). Dia menyendengkan helikoternya dan mengerat tengan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.Pemandu itu menjerit "Adoi!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.Lalu pemandu lori itu mati.Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.Dia membuatlaporan ke ibu pejabat tentang kemalangan ngeri itu.Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahi apa yang terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu menjerit menggunakan pembesar suara.Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelakkan lebih ramai yang akan mati.Di pasar emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.Penjual daging dan peniaga2 berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.Saya dan emak saya terus berlari balik kerumah.Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
macam ni jer emak itu..heheee ~
p/s: saya pun boleh mati la camni..
Ilham by Onelove...Jambu merah warna at 1:48 PM 3 comments
Friday, August 6, 2010
Andai dapat ku undur masa...
Salam sejahtera semua . . .
malam ni bukan nak post entry pasal durian, bukan pasal pink lady, first lady pun bukan...
rasa2 nya entry malam ni sekadar ingatan untuk diri aku sendiri jugak.. manusia yang sering lalai dan perlu selalu di ingatkan *sigh*
*menguap* (perlukah? haha..)
macam2 dugaan kita kan..semuanya untuk menguji keimanan kita... kita kan hambaNya..kepadaNya juga kita kembali..
Allah SWT duga kita bersesuaian dengan kebolehan kita menghadapinya..betul ke ayat..heeee..
kalau lagi berat dugaan yang kita hadapi maknanya lagi kuat daya tahan kita.. oh semoga aku x mengarut..
Ajal maut, kecelakaan boleh berlaku d mana2 dan pada bila2 masa pun...kalau di fikir2kan nak buat apa pun kita takut..nak makan pun mana tau tiba2 tercekik, mati, relaks2 bawah kipas, tiba2 daun kipas terpelanting, mati, nak masak, gas meletup..ohh.. nak keluar kene rompak..bla bla bla...
TAPI..semua tu dengan izin Allah SWT..
Berdoalah kita, bertawakallah kita..semua benda pun kita perlu bertawakal.. kita berkawan dengan orang, tapi kita risau orang nak ambil kesempatan kat kita.. maka tidak tenanglah hati ini..tawakallah..
Kemudian,
Berapa kalikah ucapan syukur keluar dari mulut kita setiap hari? atau tak pernah? atau bila terselamat dari sesuatu musibah sahaja?
bersyukurlah anda kawan2...SEKARANG!
Yer.. kadang2 kita tengok orang cantik, kaya, lawa... iye2 je jeles kan..
rasa rendah diri, rasa sakit hati, iri hati dan sebagainya...dan mengeluh juga..
tapi, bersyukurlah dengan apa yang anda ada..
bila tengok orang yang pandai ngaji, suruh terjemahkan surah apa2 sekelip mata jer orang tu boleh jawab, tak nak pulak jeles kan..
bersyukurlah... perlu ke fikir sangat tentang kelebihan orang lain..
tak cukup dengan tu, tengok orang ada pakwe ensem nak jugak jeles tu..huhuhu
siap nak pulau2 si awek bagai..hisy.. tak bersyukurkan.. sekurang2 nya cari lah kelebihan kita di hari akhirat kelak... itu lebih baik.. tak kan kat dunia serba kekurangan, kat akhirat pun sama..OH TIDAK.
ok lah mari nak bagi tips untuk mudah bersyukur...
sila bandingkan diri dengan orang yang lebih kurang dari kita..SYUKUR3...
orang yang suka mengeluh pun kurang bersyukur..kita ni tak lepas dari mengeluh..
bangun pagi mngeluh, kena basuh baju banyak mengeluh, nak makan pun mngeluh, orang buat jahat pun mengeluh, xde keje pun mengeluh...padahal boleh jer kita bersyukur..
bangun pagi mengeluh = > sepatutnya bersyukur, hidup lagi aku hari ni..
basuh baju banyak = >masih ada baju yang nak di pakai..mampu beli
orang buat jahat sebab dengki = > maknanya kita ni banyak kelebihan, syukur
xde keje = >orang lain keje macam nak mati siang malam, kita boleh lepak lagi syukur ( aku lah tu! )
penat lah membebel... pikir la pulak sendiri...jangan susah sangat untuk bersyukur.. cubalah untuk bersyukur.. InsyaAllah, tenang yang kita dapat...simpan air mata untuk mengenang dosa2 lalu... menangis bila sujud padaNya..
p/s: ingatanku pada diri sendiri..sesungguhnya manusia mudah lupa -_-
Ilham by Onelove...Jambu merah warna at 11:51 PM 7 comments
Thursday, August 5, 2010
Jiwa Kacau...!
Salam buat teman2 sekalian...
skema...hukkk...
sangat lama tak update blog..
jalan2 kat blog kawan2 pun terbantut...
Urrmmm...
Kemalasan melanda kot..
rasanya sangat banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas..
cool wani...COOL...
Nak update blog tapi langsung tak fokus.. taip pun merapu je..huhu
Aku kecewa, sedih.. kawan2 datang bercerita pasal masalah,
iye2 aku dengar, bg komen.. last skali org lain jugak yang dapat nama..
aku ni tak pernah dihargai pun...uwaaaa...
tak kisah la.. ^_-
Pada hari Khamis yang lalu, awal pagi..seorang ustaz muda dalam perjalanan untuk mengajar budak2 tahfiz, telah dilanggar tanpa sengaja.. di hadapan Sek.Men. Seri Dungun..Ye, di hadapan rumahku..
Kecederaan teruk yang dialami telah menyebabkan beliau koma, tak sedarkan diri..
Ahli keluarga serta kawan2 rapat segera pulang untuk melihat keadaan beliau...
Malang tidak berbau pukul 8.30 malam hari Jumaat,29 julai..beliau telah kembali ke rahmatullah..
Arwah, Mohd Ridha bin Rusli, 22 tahun...
sangat sebak aku mendengar berita ini...
Rakan sekelasku dari darjah 1 sampai darjah 5..
Beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah tahfiz selepas itu..
sempat beliau menjadi seorang guru tahfiz selama 5 bulan...
rasa macam baru semalam je jumpa arwah, dia senyum, rasa baru semalam komen2 dekat FB ...
Dalam kenangan ~
Mohd Ridha..semoga kamu tenang di sana..semoga kamu di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh... hari ni dia..kita tak tahu bila... sebak..
kawan2 semua merindui kamu =(
Arwah pernah mengikuti ujian Imam Muda, mungkin ada yang perasan kelibat arwah...
AL FATIHAH...
Berhati2 lah di jalan raya...
Jaga diri, hiasi peribadi...
Ilham by Onelove...Jambu merah warna at 1:39 PM 5 comments







