BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 5, 2010

Jiwa Kacau...!

Salam buat teman2 sekalian...
skema...hukkk...
sangat lama tak update blog..
jalan2 kat blog kawan2 pun terbantut...
Urrmmm...

Kemalasan melanda kot..
rasanya sangat banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas..
cool wani...COOL...
Nak update blog tapi langsung tak fokus.. taip pun merapu je..huhu
Aku kecewa, sedih.. kawan2 datang bercerita pasal masalah,
iye2 aku dengar, bg komen.. last skali org lain jugak yang dapat nama..
aku ni tak pernah dihargai pun...uwaaaa...
tak kisah la.. ^_-


Pada hari Khamis yang lalu, awal pagi..seorang ustaz muda dalam perjalanan untuk mengajar  budak2 tahfiz, telah dilanggar tanpa sengaja.. di hadapan Sek.Men. Seri Dungun..Ye, di hadapan rumahku..
Kecederaan teruk yang dialami telah menyebabkan beliau koma, tak sedarkan diri..
Ahli keluarga serta kawan2 rapat segera pulang untuk melihat keadaan beliau...
Malang tidak berbau pukul 8.30 malam hari Jumaat,29 julai..beliau telah kembali ke rahmatullah..
Arwah, Mohd Ridha bin Rusli, 22 tahun...
sangat sebak aku mendengar berita ini...
Rakan sekelasku dari darjah 1 sampai darjah 5..
Beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah tahfiz selepas itu..
sempat beliau menjadi seorang guru tahfiz selama 5 bulan...

Oh...
rasa macam baru semalam je jumpa arwah, dia senyum, rasa baru semalam komen2 dekat FB ...










Dalam kenangan ~



Mohd Ridha..semoga  kamu tenang di sana..semoga kamu di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh... hari ni dia..kita tak tahu bila... sebak..
kawan2 semua merindui kamu =(
Arwah pernah mengikuti ujian Imam Muda, mungkin ada yang perasan kelibat arwah...
AL FATIHAH...





Berhati2 lah di jalan raya...
Jaga diri, hiasi peribadi...

5 comments:

sarina said...

semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..

cik wani: apa2 hal pun sy ade..sentiasa ade untuk awak k..=)

NIA said...

al-fatihah~semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

Alfatihah
takziah kak ucapkan..
patutlah menyepi...
sori tadi juan tengah main game..takleh kacau..

cik arnab said...

sedeh.. al fatihah buat arwah.. Allah sygkan dia..teringat pula ada seorg teman cik arnab.. cik arnab sgt kagum dgn arwah.. dia pelajar upsi, senior.. dah nak konvo.. semasa cuti semester, ibunya mengejutkan beliau itk mkn sahur,, tiba2 beliau tak mmbri sbrg reaksi.. beliau telah meninggal dalam tidur.. beliau juga seorg yg beramal soleh...

kata kila said...

al-fatihah untuk arwah. sama sama kita doakan yang terbaik untuk arwah