BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 19, 2010

: : Hot & Spicy : :

~Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

~Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

~Jangan tidur selepas solat Subuh,
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

~Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

~Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

~Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

~Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

~Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..

~Jangan
mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

~Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

~Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

~Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

~Jangan
biasakan berbohong,
kerana ia adalahciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

~Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH. 

 
~Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

++Jangan biarkan SAJA entri ni. Sebarkan kepada semua saudara islam !!


Wasalam 'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

0 comments: